Tinggal kurang dua minggu lagi dari sekarang program IMGLAD ini akan melabuhkan tirainya bagi peserta perintis ini, perasaan jadi bercampur baur. Kalau nak ikutkan pada awalnya memang terfikir nak keje terus tak mahu la program tah apa2 tah, yang tak tahu kesudahannya sama ada dapat keje atau tak lepas program. Tapi itu semua silap, bak kata orang, hidup ini bukan mudah dan jangan ambil mudah, semua yang datang bukan bergolek sekelepuk kat depan mata. Semuanya datang atas usaha dan rezeki kurniaan Allah s.w.t, walau apa pun peluang yang datang kepada kita maka ambilah ia, barangkali kita rasa tak suka peluang yang datang tetapi mungkin peluang itu baik untuk kita satu hari nanti. Tiada siapa yang dapat mengetahui masa depan mereka kelak tetapi kita boleh merancang dan berusaha atas taget yang telah ditetapkan, bak kata pepatah "tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu". Namun Allah s.w.t jualah yang Maha mengetahui.
Kalau nak cerita pasal IMGLAD ini maka saya bagi satu perkataan “Interesting” sebab banyak benda yang kita tak tahu kita lebih tahu dalam program ini. Lagi pun program ini disusun sebagai persiapan serta persediaan kita menempuh alam pekerjaan kelak, memang amat berguna. IMGLAD ini berlandaskan modul yang telah ditetapkan oleh Deloite yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Self management and Personal skills development, kedua Working together and Comunicating at the workplace dan ketiga Application dan Evaluation of employability skills. Modul ini memang bagus untuk kita memahami dan mengenali siapa diri kita yang sebenar, cara bekerja dalam pasukan, situasi ditempat kerja, cara temuduga, effective presentation dan banyak lagi. Semuanya best belaka disamping trainer yang spoting, bahasa pengantar sudah tentu bahasa Inggeris tetapi jangan takut, boleh belajar perlahan-lahan tak susah mana pun. Saya pun bukan terer berbahasa Inggeris tetapi kita cuba menggunakan simple word dalam berkomunikasi dan menulis. Selain tiga modul tersebut kita juga melakukan Corporate Social Relation atau CSR yang berupa kerja amal dengan komuniti luar, kalau kelas saya buat CSR dengan kanak-kanak spastik. Elaun pun diberi RM500 sebulan, makan percuma dalam hari bekerja dan tempat tinggal pun percuma di UTM.
Kepada sesiapa yang dapat offer masuk program ini lebih baik masuk, sekarang memang susah nak dapat keje, majikan pun kurang pandang fresh graduate untuk diambil bekerja kecuali ada pengalaman bekerja dan ilmu yang mantap tentang pekerjaan yang dipohon. Tetapi harus diingat semuanya bergantung kepada diri kita sendiri mahu atau tidak sahaja, tak salah mencuba bukan?
p/s: Artikel ini khas untuk me, kenalan di kotak mesej blog ni dan sesiapa yang dapat offer ke program IMGLAD ni :)
Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca.
Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan.
Ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil
Untuk itu kami telah menyediakan rangkaian produk Siri Cepat Membaca yang telah lama terbukti berjaya dalam melahirkan anak-anak yang boleh membaca pada usia yang awal.
Jangan lepaskan peluang ini demi masa depan anak-anak anda. Anak-anak yang boleh membaca pastinya selangkah lebih bijak berbanding kanak-kanak lain.
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku Harga Pasaran : RM36.90 Harga Ahli VIP : RM33.50
Early Reading Series ReadEasy Harga Pasaran : RM39.90 Harga Ahli VIP : RM36.50
Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan Harga Pasaran : RM36.90 Harga Ahli VIP : RM35.00
Set Lengkap Siri Cepat Membaca Harga Pasaran : RM144.30 Harga Ahli Biasa : RM135.00 Harga Ahli VIP : RM125.00
p/s: Sila klik tajuk artikel ini untuk maklumat lanjut, sekian terima kasih.
Dikala malam mula memekat, Bunyinya unggas berdesir-desiran, Alunan alam penyeri tembok kesunyian, Pandangan diarah bintang sederet tiga, Petujuk kiblat di kala hilang punca, Cahayanya mula berkelip gemerlapan, Bertaburan bintang sekitar mengias langit malam,
Fikiran aku mulai tenang bagai sang bayu, Tiupannya menerpa dingin lembut diwajah, Bagai disentuh tangan sang dipuja, Saat menanti jawapan yang belum pasti nyata, Berharap alam membisik sesuatu ditelinga, Bersatulah aku dengan alam maya melayang bersama.
Nukilan putra rman
p/s: Puisi diatas hasil ubahsuai semula ilham dari malam deklamasi puisi di aktiviti luar kelas IMGLAD A1 di Pekan Nenas, Pontian :)
Ketika waktu senja berlabuh tirainya, Cahaya merah semakin jelas memeri awanan, Sedang waktu asar hampir kepenghujungnya, Terpatrilah masa silam tiada akan kembali.
Doa dipanjat tanda ikhlas dihati, Mengenang perbuatan lalu khilafnya diri, Yang pasti tiada dapat berundur sama sekali, Berjalanlah waktu tanpa hirau siapa dihayutkan, Bagai ombak lautan penuh dugaan dan cabaran, Sering godaan syaitan dan nafsu membisik durjana.
Doa dipanjat kembali sedari hijrah ini, Senjata ampuh buat mereka yang meyakini, Menguatkan azam, tekad serta nekad, Bertindak atas dasar iman dan ilmu, Mewujudkan lingkungan diri suasana Islami, Paculah diri kearah redha Illahi.
Ketika hari semakin senja, Kesakitan bonda mula terasa, Mungkin sudah sampai masanya, Jam menghampiri 6.30petang, Seorang bidan sudah bersedia, Menghadapi sebarang kemungkinan.
Tiba-tiba kedengaran suara tangisan, Lunaknya memecah kesunyian senja, Seorang bayi comel lanang lahir kedunia, Disambut azan dan iqamah bapa, Ditatap dengan penuh kuntuman gembira, Kesyukuran dipanjat pada yang Maha Esa.
Hamba Allah yang pemurah nama diberi, Nama sejak dalam kandungan lagi, Diharap menjadi dermawan satu hari nanti, Itulah aku empunya diri, Lahir dari keluarga yang miskin, Dirumah kayu beratapkan rumbia, Disitulah aku bermula, Aku tidak akan lupa, Peluk cium buat bonda tercinta, Terima kasih bonda atas segalanya, Aku sayang bonda selamanya.
Nukilan putra rman
p/s: Lahir tanggal 5 Disember 1985 bersamaan 22 Rabiulawal 1406